Penggunaan Whatsapp Web (UPKK) Group 1
5 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Oktober 2021, seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada ahli PIK Gong Kulim telah berkunjung ke PIK secara janji temu untuk menjawab Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang berlangsung secara atas talian. Upkk merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah Kafa seluruh Malaysia. Matlamat UPKK ialah menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.
Staf PIK terlebih dahulu meminta para peserta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di dalam premis. Staf PIK memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara untuk log masuk aplikasi whatsapp web dan juga cara penggunaannya. Para peserta juga turut di ajar cara untuk membuka link yang telah dikongsikan oleh guru masing-masing di dalam group whatsapp tanpa perlu menyalin semula link tersebut. Dengan adanya kemudahan di PIK, secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik IT serta dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka di dalam bidang ICT seiring dengan arus kemodenan masa kini.
Sepanjang tempoh PKP, PIK Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PIK hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya terhad 5 orang sahaja dalam satu masa. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: