Whatsapp Web & Cara Menyimpan Dokumen Dalam PDF
12 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2021, seorang komuniti sekitar PIK Gong Kulim telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat temujanji untuk menaip dan menghantar dokumen melalui email. Puan Nurniwati turut memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan internet.
Setelah pematuhan SOP dilakukan, Puan Nurniwati menggunakan komputer untuk menaip surat rasmi. Beliau meminta tunjuk ajar daripada kakitangan PIK cara untuk menyimpan dokumen tersebut dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui email. Beliau juga meminta kakitangan PIK memberi tunjuk ajar untuk menggunakan https://web.whatsapp.com/ di telefon beliau. Hasil penerangan daripada kakitangan PIK, Puan Nurniwati Berjaya menghantar dokumen mengikut waktu yang ditetapkan melalui email dan tahu cara untuk menggunakan Whatsapp Web dengan betul.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: