Kelas Usahawan Shopee
27 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2020, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu Kelas Usahawan Shopee untuk para usahawan sekitar Pusat Internet. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu para usahawan tempatan dalam mengembangkan lagi perniagaan dan beralih kepada platform eDagang seperti Shopee. Kelas hari ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada usahawan yang berminat untuk membuka kedai dan menjual di Shopee.
Kelas pada kali ini berkisar kepada cara membuka kedai di Shopee, cara memuat-naik produk dengan cara yang menarik dan tepat serta belajar menggunakan photo box. Selain itu, kelas juga diselitkan dengan strategi untuk mendapat jualan tinggi dan menggunakan Marketing Tools yang tersedia dalam Shopee. Di akhir kelas, paserta hari ini berjaya membuka kedai di Shopee dan memuatnaik produk jualan. Para peserta adalah dipelawa untuk hadir ke kelas seterusnya untuk lebih mendalami berkenaan Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: