ICT – Puzzle Merdeka & Advokasi
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2020, seramai 7 orang ahli Pusat Internet Gong Kulim telah menyertai kelas ICT Puzzle Merdeka bersempena Sambutan Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari. Kelas dimulakan dengan tanyangan slide advocacy. Seterusnya peserta diperkenalkan dengan aplikasi Puzzle di pc masing-masing. Peserta turut diajar bagaimana untuk memuat naik gambar Jalur Gemilang daripada Google untuk dimasukkan di dalam Puzzle masing-masing.
Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa hujung minggu mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka sangat teruja didedahkan dengan sesuatu permainan berkaitan ICT yang terdapat di PC. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan menjadi pengguna ICT yang beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: