Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Normal Baharu
20 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 & 19 Disember 2020, semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Kelantan telah dijemput menghadiri kursus yang bertajuk Pemasaran Kreatif Dalam Normal Baharu yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Mohamad bin Ismail merupakan Pengarah Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan UMK. Kursus tersebut berlangsung dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang secara atas talian melalui Googlemeet.
Di dalam kursus ini, staf PIK Kelantan telah diberi perkongsian secara terperinci tentang bagaimana pemasaran kreatif dalam normal baharu antaranya bagaimana untuk membina jenama sendiri untuk menarik lebih ramai pelanggan supaya berminat dengan produk yang dijual. Staf juga diberi perkongsian bagaimana peranan warna juga memainkan peranan penting seperti warna atau bentuk packaging sesuatu produk supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk kita. Prof juga turut memberi penerangan berkaitan 5 deria pemasaran dan juga 5 matlamat di dalam Teknik pemasaran yang boleh dipraktikkan oleh staf PIK untuk disampaikan kepada usahawan sekitar PIK masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: