Microsoft Word – Surat Rasmi
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2020, PI Gong Kulim telah mengadakan satu kelas secara personal kepada salah seorang komuniti sekitar PI yang berkunjung ke PI untuk membuat surat rasmi. Di dalam kelas ini, peserta dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada perisian Microsoft Word dan fungsi-fungsi papan kekunci untuk menaip surat rasmi yang diperlukan oleh peserta.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet, secara automatiknya dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet untuk mengenali serta mempelajari asas Microsoft Word dan ICT untuk menyelesaikan tugas harian komuniti. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: