Kursus Latihan Pengendali Makanan Online
27 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2020,Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu kursus latihan pengendali makanan secara online khusus kepada para usahawan-usahawan Kg Gong Kulim dan sekitarnya. Seramai 8 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang diadakan di Bilik Latihan PI Gong Kulim yang berlangsung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Antara kelebihan menyertai kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: