Taklimat Keusahawanan Pelancongan : Malaysia Travel Privilege Card
19 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2020, telah berlangsung satu taklimat keusahawanan pelancongan bagi memperkenalkan Malaysia Travel Privilege Card, kad diskaun perjalanan pertama yang menawarkan penjimatan besar untuk percutian ke tempat-tempat terpilih dalam Malaysia. Taklimat yang disampaikan oleh En Shaun dari Penang Tourist Center ini diadakan di Pusat Internet Kg Chengal yang melibatkan 12 orang peserta terdiri daripada Pengurus Pusat Internet Maxis dan Digi yang terpilih dari seluruh Kelantan. Kad diskaun berharga RM30 ini melayakkan anda menikmati lawatan tanpa had dengan diskaun sehingga 40% untuk yuran masuk, makanan, penginapan dan banyak lagi mengikut terma dan syarat tertentu. Kad diskaun ini disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan Malaysia & Tourism Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: