ICT – Tayangan Movie & Advokasi
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu tayangan sambil belajar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah PI Gong Kulim. Tayangan Movie & advokasi ini bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Dalam program ini, pelajar akan ditayangkan satu movie yang mempunyai nilai-nilai murni dan di akhir tayangan pelajar dikehendaki menjawab soalan. Di akhir tayangan ini, pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan cerita yang ditayangkan. Dalam soalan tersebut, staf PI menyediakan 5 soalan berdasarkan cerita dan 5 soalan berdasarkan KDB.
Antara kelebihan menyertai tayangan ICT tersebut iailah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara staf dan juga pelajar. Pelajar juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: