Kelas Menaip Menggunakan Microsoft Word (Typing)
25 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2019, staf PI Gong Kulim telah mengadakan kelas menaip kepada ahli PI Gong Kulim seramai 5 orang. Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar daripada SK Kulim dan 2 orang pelajar sekolah menengah. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang.
Di dalam kelas ini, pelajar diberi pengenalan berkaitan fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci dan pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk melatih diri supaya dapat menaip dengan pantas dan tepat. Kelebihan dalam menyertai kelas menaip ini ialah pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah. Selain daripada itu, mereka dapat melatih diri untuk menerokai dunia ICT dengan lebih luas .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: