Kelas ICT (Surat Rasmi)
26 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2019, staf PI Gong Kulim telah mengadakan kelas ICT iaitu kelas bagaimana untuk mencipta surat rasmi mengikut format yang betul. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 1 tengahari dan dihadiri seramai 4 orang ahli PI Gong Kulim.
Di dalam kelas ini,pelajar terlebih dahulu diberi pengenalan berkaitan surat rasmi dan seterusnya pelajar diajar format yang betul dan tepat untuk menulis surat rasmi. Pelajar juga diberi satu contoh surat rasmi untuk mereka menaip menggunakan komputer. Kelas ini dapat melatih pelajar untuk menaip dengan cepat dan pantas dari masa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: