Kelas Multimedia (Pengenalan)
11 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas Multimedia kepada ahli PI Gong Kulim seramai 4 orang. Di dalam kelas ini, mereka diajar bagaimana untuk menyimpan atau muat turun gambar rujukan yang terdapat di dalam Google dan disimpan di dalam folder masing-masing. Mereka juga diajar bagaimana cara untuk memasukkan gambar yang dimuat turun dalam Microsoft Power Point.
Kelebihan menyertai kelas Multimedia ialah pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar juga dapat menerokai dunia ICT dengan lebih meluas dengan adanya kelas- kelas seperti ini. Pelajar juga dapat mengisi masa lapang atau hujung minggu mereka dengan perkara yang berfaedah. Dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu melahirkan generasi muda yang celik IT. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan berkaitan Advokasi antaranya Klik Dengan Bijak (KDB), eWaste, eKelas, Check Your Label dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: