eLearning & ICT Bahasa Inggeris Melalui Live Tutorial
6 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 April 2019, Portal eKelas telah mengadakan live streaming untuk subjek Bahasa Inggeris yang berlangsung dari pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang khusus untuk pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Sepanjang live streaming ini berlangsung, para peserta akan diberi satu tugasan mengikut tahun dan tingkatan masing-masing.
Maxis eKelas Portal merupakan inisiatif pembelajaran secara digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Portal ini merangkumi 3 subjek utama iaitu subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, pelajar boleh berinteraksi dan belajar dengan ecikgu melalui portal secara live streaming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: