Kelas Education Games (Puzzle) & Advokasi
11 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas Education Game (Puzzle) & Advokasi. Kelas ini diadakan didalam bilik latihan PI Gong Kulim dan telah dihadiri oleh 9 orang peserta. Di dalam kelas ini, peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk bermain permainan puzzle secara online menggunakan komputer. Pelajar juga akan diberi pilihan untuk memilih gambar dalam Google mengikut minat masing-masing dan akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk muat turun gambar tersebut. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Antara kelebihan peserta yang menyertai kelas ICT adalah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan perrkara yang berfaedah dan berilmu. Para peserta dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka berkaitan ICT dengan lebih meluas dengan pantauan oleh staf PI. Dengan adanya kelas ICT tersebut , PI juga dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik IT dan bijak menggunakan kemudahan yang terdapat di PI. Dengan adanya aktiviti seperti ini di PI, dapat mewujudkan amalan bersaing secara sihat diantara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: