Kelas Microsoft Word (Kad Hari Lahir) & Advokasi
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2019, seramai 9 orang ahli PI Gong Kulim telah menyertai kelas Microsoft Word iaitu mencipta kad hari lahir. Dalam kelas ini, pelajar diajar bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word untuk mencipta kad. Selain daripada itu, mereka juga diajar bagaimana untuk mengambil gambar daripada google dengan jelas dan cantik. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu daripada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari di bilik training PI Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: