Meeting & Audit PI Maxis Kelantan 2019
2 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 November 2019, seluruh Pusat Internet Maxis Kelantan telah terlibat dalam Meeting & Audit 2019 mengikut lokasi PI yang telah ditetapkan masing-masing. Terdapat 5 PI yang terpilih untuk dijadikan sebagai lokasi Meeting & Audit iaitu PI Kg Chengal, PI Lawang, PI Perasu, PI Karangan dan PI Lebir. Seramai 32 orang termasuk pengurus dan juga penolong pengurus PI Kelantan telah terlibat dalam menyertai meeting tersebut bersama Nera secara online melalui Hangout.
Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai KPI PI masing-masing yang harus dicapai setiap bulan dan tahun mengikut KPI yang disediakan. Staf diingatkan supaya mengikut waktu bekerja yang telah ditetapkan dan Staf tidak boleh datang lambat atau rehat lebih daripada masa yang telah ditetapkan. Staf juga dikehendaki memastikan PI masing- masing berada dalam keadaan bersih dan selesa . Selepas meeting selesai, staf dikehendaki mengaudit fail-fail PI lain mengikut format yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: