Pengenalan ICT Bersama Tadika Kemas Sri Kulim
31 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2019, PI Gong Kulim telah menganjurkan satu aktiviti ICT bersama pelajar tadika Kemas Sri Kulim seramai 25 orang dan diiringi oleh dua orang guru pengiring. Aktiviti tersebut berlangsung di dalam bilik latihan PI Gong Kulim bermula pada pukul 9 .00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari.
Antara aktiviti yang diadakan oleh staf PI ialah memberi pengenalan ICT kepada pelajar-pelajar berkaitan komputer. Pelajar juga turut diberi video berkaitan pengenalan komputer beserta penerangan oleh Manager PI Gong Kulim. Sebelum aktiviti bersurai, pelajar-pelajar turut diberi peluang untuk menggunakan komputer di bilik latihan PI Gong Kulim dengan adanya permainan seperti Education Games Puzzle didalam komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: