Kelas Asas Microsoft Excel
13 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2019, PI Gong Kulim telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel kepada 4 orang peserta yang merupakan ahli PI Gong Kulim. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Dalam kelas tersebut, para peserta diberi pengenalan asas berkaitan excel dan peserta juga diajar bagaimana untuk menyelesaikan kira-kira seperti tambah, tolak, darab dengan menggunakan Microsoft Excel.
Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka juga dapat pendedahan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul di masa hadapan. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini adalah dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan juga dapat mengelakkan mereka daripada salahguna kemudahan internet dan juga ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: