Kelas Asas Microsoft Word (Siri ii)
11 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas asas Microsoft Word kepada 10 orang peserta PI Gong Kulim. Kelas tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula daripada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Dalam kelas tersebut, para peserta diberi diajar bagaimana untuk mencipta table jadual dengan menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diajar bagaimana untuk membuang table atau ingin menambah table dalam jadual mereka. Peserta juga diajar bagaimana untuk memasukkan gambar didalam jadual masing-masing.
Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka juga dapat pendedahan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul di masa hadapan. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini adalah dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan juga dapat mengelakkan mereka daripada salahguna kemudahan internet dan juga ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: