Mencipta Email & Isi Borang Online
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Puan Rohayu di mana beliau memerlukan bantuan kakitangan PEDi untuk belajar mencipta email dan juga untuk mengisi borang secara atas talian.
Sebelum proses pengisian borang online, Puan Rohayu meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membantu beliau mencipta satu akaun email khusus untuk bisnes beliau. Puan Rohayu terlebih dahulu di beri penerangan oleh kakitangan PEDi berkaitan pemilihan kata laluan yang tepat dan selamat untuk akaun email beliau. Seterusnya ,Puan Rohayu meminta tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi untuk mengisi borang kontraktor secara online menggunakan link yang telah diberikan kepada Puan Rohayu. Kakitangan PEDi turut membantu Puan Rohayu cara menggunakan whatsapp web untuk muat naik dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan pengisian borang tersebut. Proses mencipta email dan juga pengisian borang secara online Puan Rohayu selesai sambil di pantau oleh kakitangan PEDi. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: