Kelas ICT Cara Download & Simpan Gambar
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT kepada ahli PEDi seramai 3 orang yang juga merupakan pelajar sekolah menengah Tok Janggut. Kelas yang berlangsung selama hampir 1 jam bertujuan untuk membantu para pelajar bagi menyiapkan tugasan kerja kursus berkumpulan mereka.
Di dalam kelas tersebut,para pelajar meminta staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada mereka cara untuk muat turun gambar daripada Google dan cara simpan gambar tersebut di dalam pendrive. Para pelajar turut diajar cara untuk muat turun gambar yang dipilih supaya kelihatan jelas dan tidak pecah. Selain daripada itu.staf PEDi turut membantu para pelajar supaya dapat membiasakan diri menggunakan tetikus dan tahu asas penggunaan ICT.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: