dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Mendaftar Akaun Pengguna EzBiz

2 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Januari 2022, En Arifudin, seorang usahawan dan juga ahli PEDi Gong Kulim telah berkunjung ke PEDi untuk membuat pendaftaran perniagaan (SSM) baru secara dalam talian. Dengan bantuan dan tunjuk ajar kakitangan PEDi, En Arifudin telah mendaftar akaun pengguna EzBiz di laman web https://ezbiz.ssm.com.my/ . EzBiz adalah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.

En Arifudin diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat ke dalam sistem dan mencipta kata laluan yang tepat dan selamat untuk akaun EzBiz beliau. Selain itu, En Arifudin juga di ajar cara untuk menggunakan whatsapp web di mana memerlukan beliau untuk muat turun gambar yang diperlukan bagi melengkapkan pendaftaran tersebut. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara..