Kursus Latihan Pengendali Makanan Online
11 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim telah mengadakan satu kursus Latihan Pengendali Makanan melalui webinar yang dikendalikan oleh SLPM iaitu NZ Bunga Ventures. Seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan di sekitar PEDi Gong Kulim menyertai kursus pada hari ini. Kursus yang diadakan di Bilik Latihan PEDi Gong Kulim ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan. Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan. Melalui LPM ini juga, pengendali makanan akan dilatih oleh tenaga pengajar menggunakan modul pengajaran yang disediakan oleh KKM.
Kolaborasi antara NZ Bunga Ventures dengan PEDi Gong Kulim sangat membantu usahawan makanan di sekitar yang ingin mengikuti kursus pengendalian makanan namun menghadapi masalah capaian internet. Namun kami masih lagi beropeasi secara terhad di mana para peserta kursus dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: