Cara Pengisian Borang Online (e-Qaryah)
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim dikunjungi oleh salah seorang komuniti sekitar yang ingin mengisi boring permohonan berkahwin secara atas talian melalui portal https://eqaryah.kelantan.gov.my/ . Kelas persendirian tersebut berlangsung selama 1 jam dan di bantu oleh staf PEDi.
Sebelum kelas bermula, Diyana Saffa d beri penerangan tentang cara untuk membuat carian laman web yang e qaryah. Seterusnya beliau diajar cara untuk mengisi maklumat dengan betul sehingga selesai sambil di pantau oleh staf PEDi. Setelah selesai membuat pengisian online, Diyana di beri tunjuk ajar cara untuk menyimpan dan muat turun borang untuk di cetak.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai komuniti yang celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: