Daftar Pengundi Melalui SPR Malaysia
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2021, dua orang komuniti sekitar telah datang ke PIK Gong Kulim untuk pendaftaran pengundi baru secara atas talian. Peserta tersebut meminta tunjuk ajar daripada staf PIK Gong Kulim untuk membantu beliau cara-cara untuk memuat naik gambar mengikut saiz yang betul. Para peserta mengakses SPR untuk pendaftaran pengundi baru secara atas talian. Para peserta meminta bantuan staf PIK Gong Kulim cara untuk muat naik gambar yang diperlukan mengikut saiz yang diperlukan.
Staf PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk edit gambar mengikut saiz yang diperlukan menggunakan Microsoft Paint. Aktiviti yang berlangsung selama 1 jam di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP. Dengan adanya Pusat Internet Komuniti sangat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: