Temujanji Jabatan Imigresen Malaysia
4 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 Oktober 2021, PIK Gong Kulim telah menerima satu janji temu daripada salah seorang komuniti sekitar untuk belajar membuat temujanji di Jabatan Imigresen Malaysia bagi pembaharuan visa secara atas talian. Encik Din memerlukan tunjuk ajar daripada kakitangan PIK cara untuk membuat temujanji kerana beliau tiada pengalaman membuat temujanji melalui laman web.
Kakitangan PIK terlebih dahulu meminta Encik Din mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di dalam premis PIK. Kakitangan PIK membantu Encik Din membuat temujanji Imigeresen melalui laman web http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/step2.php dari awal carian sehingga selesai. Selain Berjaya membuat temujanji, En Din juga secara tidak langsung dapat belajar cara untuk menggunakan komputer dan kenalpasti simbol yang terdapat pada papan kekunci sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Sepanjang tempoh PKP, PIK Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PIK hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya 5 orang sahaja. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: