Bicara Santai – NassKidz Reading Centre
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2021, PIK Gong Kulim telah menganjurkan satu sesi Bicara Santai Bersama pengasas Nasskidz Reading Centre iaitu Puan Nassihah Binti Zawawi atau lebih di kenali sebagai Cikgu Nass. Untuk perkongsian kali ini, kami meminta Cikgu Nass bercerita serba sedikit tentang NassKidz Reading Centre yang diasaskan oleh beliau yang terletak di Bandar Baru Pasir Puteh selama hampir empat tahun tempoh beroperasi. Sesi Bicara santai yang berlangsung selama 1 jam itu turut mendapat kerjasama daripada PIK Jeram, PIK dan juga PIK Bukit Tandak. Berikutan tempoh Lockdown Fasa 2 yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana bicara santai tersebut berlangsung secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PI KG Gong Kulim menggunakan Stream Yard.
Sepanjang bual bicara berlangsung, Cikgu Nass turut memberitahu NassKidz Reading Centre menggunakan sistem kaedah pembelajaran Phonic iaitu menggunakan bunyi-bunyian. Menurut Cikgu Nass, untuk menarik minat kanak-kanak supaya suka membaca setiap cikgu perlu mempunyai kreativiti masing-masing mengikut kesesuaian peringkat umur kanak-kanak yang di latih. Sepanjang Pandemik, NassKidz Reading Centre beroperasi secara atas talian dan semakin mendapat sambutan daripada ibu bapa. NassKidz Reading Centre jugak turut menyediakan perkhidmatan kepada ibu bapa sekiranya ibu bapa tersebut ingin melatih anak mereka sendiri.
Sepanjang tempoh Lockdown, kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital,Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan sepanjang Work From Home ini boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PI KG Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: