dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Menyiapkan Tugasan Ko Kurikulum

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021, 2 orang pelajar Tingkatan 6 SMK Tok Janggut yang merupakan ahli PIK datang menggunakan kemudahan computer untuk menaip tugasan kokurikulum yang diberikan guru di sekolah. Adik Yushasnani dan Adik Aina menghabiskan masa selama 1 jam untuk menyiapkan tugasan mereka sambal dibantu oleh kakitangan PIK. Mereka diajar untuk menggunakan Numbering & Bullet dan memilih jenis tulisan dan saiz yang sesuai. Seterusnya kakitangan PIK mengajar cara untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip ke dalam format PDF dan memuatnaik ke dalam telefon menerusi whatsapp web.

Pematuhan kepada SOP amat ditekankan sepanjang tempoh PKP demi melandaikan graf COVID. Perserta diwajibkan memakai pelitup hidung dan menjaga jarak sepanjang menggunakan computer di PIK. Kewujudan Pusat Internet Komuniti sangat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.