Microsoft Word - Resume
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2021 , PEDi Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT iaitu belajar membuat resume. Kelas yang berlangsung selama 2 jam disertai seramai 2 orang peserta yang merupakan ahli PEDi Gong Kulim yang sering berkunjung ke PEDi Gong Kulim. Kelas tersebut dikendalikan oleh kakitangan PEDi dimana para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan asas untuk membuat resume yang ringkas dan padat. Para peserta juga turut diberi penerangan tentang kepentingan resume sekiranya ingin memohon pekerjaan dan sebagainya. Sebagai permulaan, para peserta di ajar untuk membuat resume menggunakan form atau contoh yang terdapat di dalam Microsoft Word. Selain daripada itu, para peserta turut diajar cara untuk membuang latarbelakang gambar dan memilih latarbelakang yang bersesuaian untuk di masukkan di dalam resume masing-masing.
Sepanjang tempoh PKP, PEDi Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PEDi hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya 5 orang sahaja. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: