Bicara Santai - Kenali Perpustakaan Desa
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2021, PIK Gong Kulim telah menganjurkan satu sesi Bicara Santai Bersama Wakil Pegawai Perpustakaan Desa Selising dengan kerjasama beberapa PIK Kelantan yang lain. Sesi Bicara santai yang berlangsung selama 1 jam itu turut mendapat kerjasama daripada PIK Jeram, PIK Semuba dan juga PIK Selising. Berikutan tempoh Lockdown Fasa 2 yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana bicara santai tersebut berlangsung secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PI KG Gong Kulim menggunakan Stream Yard.
Di antara paparan menarik yang kami ingin kongsikan Bersama penonton ialah ingin memperkenalkan Perpustakaan Desa dengan lebih meluas lagi. Perpustakaan Desa juga kini mempunyai pelbagai aktiviti – aktiviti menarik untuk pengunjung mengikut peringkat usia dan jantina. Perpustakaan Desa juga turut menyediakan proses pinjaman buku kepada komuniti sekitar dengan tempoh yang disediakan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, boleh layari Page PI KG Gong Kulim di mana pelbagai soalan yang diutarakan kepada Pegawai Perpustakaan Desa oleh Staf PIK Kelantan yang terlibat.
Sepanjang tempoh Lockdown, kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital,Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan sepanjang Work From Home ini boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PI KG Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: