Kelas Asas Komputer – Ms Word (Resume)
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2021, berlangsung Kelas Asas Komputer iaitu membuat resume menggunakan templete dalam Ms Word kepada 2 orang ahli PIK Gong Kulim. Nur Syazwatul Akma & kakaknya Nur Syazwani telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat temujanji untuk menyertai Kelas Asas Komputer dan telah dijadualkan pada hari ini. Mereka memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantu membuat resume kerana kurang arif dengan komputer dan internet.
Peserta telah diberi penerangan asas komputer dan seterusnya menggunakan templete dalam Ms Word untuk membuat resume masing-masing sehingga selesai dan memuatnaik ke dalam telefon menerusi aplikasi whatsapp web untuk simpanan peribadi. Kelas yang berlangsung selama 1 jam di Bilik Latihan, PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: