Microsoft Excel
16 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2021, seorang pelajar sekolah menengah dan juga merupakan ahli PEDi Gong Kulim membuat janji temu untuk menyiapkan tugasan sekolah beliau. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PEDi untuk membantunya menggunakan Microsoft Excel kerana Adik Aleeya perlu memasukkan data yang diperlukan dan menyimpan dokumen tersebut daripada Excell ke PDF kerana beliau kurang arif dengan penggunaan Excell secara meluas.
Terlebih dahulu, Adik Aleeya diberi penerangan asas tentang Microsoft Excel dan beliau di ajar cara untuk memasukkan data atau maklumat ke dalam excel mengikut arahan yang di beri oleh guru beliau. Setelah selesai memasukkan data-data tersebut, Adik Aleeya meminta bantuan daripada kakitangan PEDi cara untuk menyimpan dokumen ke dalam bentuk PDF untuk dihantar kepada guru beliau.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: