dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Program Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II)

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 & 7 Mac 2020, seramai 26 orang kakitangan Pusat Internet Maxis Kelantan telah menghadiri Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II) yang bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Program latihan kakitangan yang berlangsung selama 2 hari ini dimulakan dengan taklimat mengenai Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan Oleh SME Corp. Taklimat disampaikan oleh En Roslan, Penolong Pengerah SME Corp Kelantan. Kemudian disusuli dengan taklimat Event Management oleh Prof Ghazali, Pensyarah UMK.

Di dalam sesi tersebut, kakitangan Pusat Internet diberi taklimat bagaimana untuk menguruskan sesuatu majlis dan seterusnya membuat latihan berkumpulan untuk menyediakan proposal sesuatu majlis atau program dan membentangkan proposal tersebut. Hari kedua program lebih tertumpu kepada belajar menggunakan Microsoft Excel (Intermidiate) untuk membantu dalam tugas-tugas seharian di PI. Kami diajar menggunakan Pivot Table dan seterusnya membuat dashboard untuk laporan-laporan dengan menggunakan data-data yang sering diguna pakai di Pusat Internet masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.