dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kelas Matematik UPSR & KDB ii

17 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2020, PIK Gong Kulim telah mengadakan Kelas Matematik UPSR kepada 4 orang pelajar SK Kulim yang berumur diantara 9 tahun sehingga 10 tahun. Mereka sering berkunjung ke PIK untuk menyertai kelas yang dianjurkan disamping mengisi masa lapang sepanjang penutupan sekolah kerana pandemic Covid-19. Sebelum kelas dimulakan, para pelajar terlebih dahulu diberi tayangan Advokasi KDB iaitu kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong beserta penerangan dan contoh yang mudah untuk difahami. Di dalam kelas ini, mereka diajar asas Matematik beserta latihan secara rawak. Para pelajar juga diberi soalan latihan dan bebas bertanya sekiranya tidak faham akan sesuatu soalan tersebut. Kelas berlangsung selama 1 jam dan tidak melebihi 5 orang setiap sesi berikutan peningkatan kes Pandemik Covid 19 yang semakin meningkat.

Pematuhan SOP sepanjang Pandemic Covid 19 turut dipatuhi di premis PIK Gong Kulim dimana para peserta dikehendaki mengisi nama atau scan QR Code MySejahtera PIK, Scan Suhu peserta, penjarakan sosial sejauh 1 meter diantara satu sama lain serta wajib pemakaian mask sepanjang berada di dalam premis PIK Gong Kulim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.