Kelas ICT – Cipta Kad Merdeka & Advokasi
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2019, seramai 6 orang ahli PI Gong Kulim telah menyertai kelas cipta kad merdeka dengan menggunakan Microsoft Paint. Dalam kelas ini, pelajar diajar bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Paint untuk mencipta kad merdeka. Selain daripada itu, mereka juga diajar bagaimana untuk mengambil gambar daripada google dengan jelas dan cantik. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari di bilik training PI Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: