Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul 1
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 & 16 Mac 2019, Pusat Internet KDN 1 telah menganjurkan satu program Inovasi Usahawan Desa (IUD) dimana Program ini merupakan satu platform bagi menyemar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi.Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalan secara bersiri ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: