Kelas Microsoft Word (Mencipta Penanda Buku)
5 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 04 April 2019, PI Gong Kulim telah mengadakan satu kelas Microsoft Word iaitu mencipta penanda buku untuk pelajar sekolah rendah. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang dan disertai seramai 7 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas waktu sekolah.
Pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan adanya kelas ICT tersebut. Dalam kelas ini, pelajar akan diajar pengenalan untuk Microsoft Word terlebih dahulu. Seterusnya pelajar diajar bagaimana untuk memilih bentuk dan bagaimana cara untuk memasukkan perkataan di dalam bentuk yang dipillih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: