dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Word (Mencipta Jadual)

31 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mei 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu mencipta jadual kelas. Kelas ini diadakan didalam bilik latihan PI Gong Kulim dan telah dihadiri oleh 7 orang peserta. Di dalam kelas ini, peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencipta jadual menggunakan komputer. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Di dalam kelas ini, para peserta diajar bagaimana untuk mencipta setiap petak yang terdapat di dalam jadual mereka. Mereka juga diajar bagaimana cara untuk menghias jadual mereka supaya kelihatan menarik seperti memasukkan warna berlainan setiap petak. Selepas selesai menghias jadual masing-masing, staf PI akan mencetak jadual masing-masing untuk di tampal di bilik masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.