BENGKEL GLOBAL ONLINE WORKFORCE (GLOW)
23 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 dan 22 Disember 2018, kedua-dua staf Pusat Internet Gong Kulim telah menyertai satu bengkel erezeki yang diberi nama Global Online Workforce (GLOW) hasil kerjasama MDEC. Program ini disertai oleh staf Pusat Internet Lawang, Batu Gajah, Kusial Bharu dan juga komuniti disekitarnya.
Tujuan program GLOW dilaksanakan adalah bagi mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited Untuk menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: